Pengantin dok kontrol cun :p
Semalam pada 12/09/04 aku telah menghadiri majlis perkahwinan kawan aku di Batu 18,Hulu Langat.Pengantin lelaki yang dok kontrol macho dan macam baguih tu laa kawan aku.Aku kenal dia pun baru dalam 4 tahun kot.Member aku nih bertugas sebagai Pengurus Jabatan Sumber Manusia di Konsortium ABASS Sdn. Bhd. di Shah Alam.Kalau korang nak tau syarikat nih merupakan salah satu Operator Pengeluar Air di dalam Selangor nih selain dari Puncak Niaga Holdings (M) Sdn. Bhd. dan Gamuda Water Sdn. Bhd.Syarikat ini hanya mempunyai satu loji merawat air di Putrajaya iaitu Loji Rawatan Air Skim Sungai Semenyih tetapi jangan terkejut kerana loji nih merupakan loji yang memproses air yang ke-3 besar didalam Malaysia nih.So beware....
Aku bertolak dalam pukul 1.00petang dari kajang dan aku pergi dengan kawan aku iaitu Kenit @ Faisel dan tiba kat rumah pengantin dalam pukul 2.00petang.Heheheh....cam terer je sampai time makan.Sampai-sampai je rupa-rupanyer pengantin dah sampai dan silat pulut sedang dipersembahkan kat diorang.Perghhh...silat jawa nih...bunga semacam je ;p.
p/s:Aku wonder laa apa brother sebelah pengantin tu buat apa...tapau lauk pengantin nak bawak balik ker???? :p nyum...nyum...nyummmm........
Sedap ke lauk tu yang????
Anyway aku kagum dengan lauk-pauk yang dihidangkan walaupun ianya sekadar lauk yang biasa korang jumpa kat kenduri kahwin nih.Ayam masak merah,rendang daging,sambal goreng jawa dan acar buah.Namun kelainannya ialah dari segi faktor sedap.Perghhhh...sedap siot...tapi aku makan sekali je ;p Bukan apa...,banyak aweks laa...kena kontrol perut sikit..ehehehhhh.Buat pengantin `Selamat Pengantin Baru` aku ucapkan dan dengan ingatan tulus ikhlas beserta rendah diri aku ingatkan supaya bersederhanalah dengan apa yang ko buat terutamanyer di malam......opssss :p........
Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami Memohon doa restu MU, Satukan hati mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati kamu semua dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan keberkatan di dunia dan akhirat serta berkekalan jodoh perkahwinan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat....Amin.
Bila perut dah kenyang dan stabil lagi penuh dan dapat snap pic lebih kurang (aku snap 2 pic jer...;p).Aku pun minta diri untuk balik pasal mata lak mengantuk.Sebelum tu salam dengan tuan rumah atau bahasa yang lebih tepat ialah bapak pengantin perempuan sambil menghulurkan senyuman yang manis..(pasal dia ada anak dara yang cun barangkali...syhhhh).Rasa cam nak peluk je orang tua tu..kohkohkohhhhh.....
No comments:
Post a Comment